Bacaan
Kata Jabir bin Abdullah ﷺ: “Rasulullah ﷺ mengajar agar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang daripada kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ.
(sebutkan hajatnya…)
Rumi
Allāhumma innī astakhīruka bi'ilmika, wa astaqdiruka biqudratika, wa as'aluka min fadlika al-'azīmi, fa innaka taqdiru wa lā aqdiru, wa ta'lamu wa lā a'lamu, wa anta 'allāmu al-ghuyūbi, Allāhumma in kunta ta'lamu anna hāzā al-amra khairun lī fī dīnī wa ma'āsyī wa 'āqibati amrī ('ājili amrī wa ājilihi) fa qdurhu lī wa yassirhu lī summa bārik lī fīhi, wa in kunta ta'lamu anna hāzā al-amra syarrun lī fī dīnī wa ma'āsyī wa 'āqibati amrī ('ājili amrī wa ājilihi) fa srifhu 'annī wa srifnī 'anhu wa qdur liya al-khaira haisu kāna summa ardinī bihi.
Maksud
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan tersebut…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta kurniakanlah keberkatan padanya bagiku. Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan tersebut…) adalah buruk bagiku dan (mendatangkan keburukan) pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian jadikan aku redha dengannya”.
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Catatan
Sungguh tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin (sebelum melakukan sesuatu urusan), kemudian berhati-hati dalam menangani urusannya itu, Allah ﷺ telah berfirman:
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Wa syāwirhum fī al-amri fa izā 'azamta fa tawakkal 'alā Allāhi inna Allāha yuhibbu al-mutawakkilīna.
“Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah ﷺ mencintai orang-orang yang bertawakkal (bergantung harap pada-Nya)”.
Penterjemah - bacaan dalam kurungan boleh dibaca sebagai ganti kepada bacaan yang bergaris, atau boleh baca kedua-duanya (inilah yang terbaik) dengan lafaz ( فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ) – lihat Ithaf Al-Muslim Bisyarh Hisn Al-Muslim karangan penulis asal. Al-Bukhari 7/162. Surah Ali ’Imran, ayat 159.