Bacaan
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ . اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.
Rumi
Allāhumma 'āfinī fī badanī, Allāhumma 'āfinī fī sam'ī, Allāhumma 'āfinī fī basarī, lā ilāha illā anta. Allāhumma innī a'ūzu bika mina al-kufri, wa al-faqri, wa a'ūzu bika min 'azābi al-qabri, lā ilāha illā anta.
Maksud
“Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”. (dibaca tiga kali)
Bacaan 2
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.
Rumi 2
Hasbiya Allāhu lā ilāha illā huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbu al-'arsyi al-'azīmi.
Maksud
“Cukuplah Allah (sebagai pelindung) bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung”. (dibaca tujuh kali)
Bacaan 3
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ: فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي.
Rumi 3
Allāhumma innī as'aluka al-'afwa wa al-'āfiyata fī ad-dunyā wa al-ākhirati, Allāhumma innī as'aluka al-'afwa wa al-'āfiyata: fī dīnī wa dunyāya wa ahlī, wa mālī, Allāhumma ustur 'aurātī, wa āmin rau'ātī, Allāhumma ihfaznī min baini yadayya, wa min khalfī, wa 'an yamīnī, wa 'an syimālī, wa min fauqī, wa a'ūzu bi'azamatika an ughtāla min tahtī.
Maksud
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa takut. Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada diceroboh (dianiayai) dari sebelah bawahku”.
Bacaan 4
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ .
Rumi 4
Allāhumma 'ālima al-ghaibi wa asy-syahādati fātira as-samāwāti wa al-ardi, rabba kulli syai'in wa malīkahu, asyhadu an lā ilāha illā anta, a'ūzu bika min syarri nafsī, wa min syarri asy-syaitāni wa syirkihi, wa an aqtarifa 'alā nafsī sū'an au ajurrahu ilā muslimin.
Maksud
“Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan segala tipu dayanya, dan aku berlindung daripada aku sendiri terdorong untuk melakukan kejahatan atau aku mendorong seorang Muslim (orang lain) untuk melakukannya”.
Catatan
Bacaan 82–85 ialah zikir pagi dan petang. Sumber tidak memaparkan bentuk pagi/petang yang berbeza bagi bacaan-bacaan ini.
Sumber zikir 82: Riyayat Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, No 22. Ibnu As-Sunni, No 69. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar 26.
Sumber zikir 83: “Sesiapa yang membacanya pada pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah SWT mencukupkannya apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan dunia dan akhirat”. Riwayat Ibnu As-Sunni No. 71 secara marfu’, dan Abu Daud 4/321 secara mauquf. Seyikh Syu’aib Al-Arnaut telah menilai sanadnya sebagai sahih. Lihat: Zad al-Ma’aad 2/376.
Sumber zikir 84: Abu Daud, Ibnu Majah. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/332.
Sumber zikir 85: At-Tirmizi, Abu Daud. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/142.