doa

Zikir pagi dan petang 4/5

Kumpulan zikir pagi dan petang (4/5): bacaan 86 hingga 90 dalam bahasa Arab, rumi dan maksud.

Saiz teks

Bacaan

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Rumi

Bismi Allāhi allazī lā yadurru ma'a ismihi syai'un fī al-ardi wa lā fī as-samā'i wa huwa as-samī'u al-'alīmu.

Maksud

“Dengan Nama Allah yang tidak mendatangkan mudharat bersama nama-Nya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (dibaca tiga kali)

Bacaan 2

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا.

Rumi 2

Radītu billāhi rabban, wa bil-islāmi dīnan, wa biMuhammadin ﷺ nabiyyan.

Maksud

“Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad ﷺ sebagai Nabi”. (Dibaca tiga kali)

Bacaan 3

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

Rumi 3

Yā hayyu yā qayyūmu birahmatika astaghīthu aslih lī sya'nī kullahu wa lā takilnī ilā nafsī tarfata 'ainin.

Maksud

“Wahai Yang Tetap Hidup, Yang Kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata”.

Bacaan 4

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ، فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ.

Rumi 4

Asbahna wa asbaha al-mulku lillāhi rabbi al-'ālamīna, Allāhumma innī as'aluka khaira hāzā al-yaumi, fathahu, wa nasrahu, wa nūrahu, wa barakatahu, wa hudāhu, wa a'ūzu bika min syarri mā fīhi wa syarri mā ba'dahu.

Maksud

“Kami hayati pagi (petang) kami dan pagi (petang) yang penuh Kekuasaan bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari (malam) ini serta pembukaan, pertolongan, cahaya (taufiq dan hidayah), keberkatan dan petunjuk yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari (malam) ini dan kejahatan yang datang selepasnya”.

Bacaan 5

أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ ﷺ ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ.

Rumi 5

Asbahna (amsainā) 'alā fitrati al-islāmi, wa 'alā kalimati al-ikhlāsi, wa 'alā dīni nabiyyinā Muhammadin ﷺ, wa 'alā millati abīnā Ibrāhīma, hanīfan musliman wa mā kāna mina al-musyrikīna.

Maksud

“Kami hayati pagi (petang) ini di atas landasan fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas (yakni kalimah: لا إله إلا الله) dan di atas agama Nabi kami Muhammad ﷺ yang juga agama bapa kami Nabi Ibrahim عليه السلام yang lurus lagi tunduk kepada Allah dan baginda bukanlah seorang yang musyrik”.

Catatan

Bacaan 86–90 ialah zikir pagi dan petang. Bentuk petang bagi bacaan 89 diberikan sebagai lafaz dalam catatan, manakala bagi bacaan 90 ia ditulis dalam kurungan selepas lafaz asas.

Sumber zikir 86: “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang maka tidak ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya”. Abu Daud 4/323, At-Tirmizi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/332, Tuhfatul Akhyar ms 39.

Sumber zikir 87: “Sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi dan petang dia akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat”. Ahmad 4/337, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 4, Ibnu As-Sunni No. 68, Abu Daud 4/318, At-Tirmizi 5/465, Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar 39.

Sumber zikir 88: Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/545. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/273.

Zikir 89 — pada waktu petang dibaca dengan: أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ اللَّيْلَةِ، فَتْحَهَا، وَنَصْرَهَا، وَنُورَهَا، وَبَرَكَتَهَا، وَهُدَاهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا.

Amsainā wa amsā al-mulku lillāhi rabbi al-'ālamīna, Allāhumma innī as'aluka khaira hāzihi al-lailati, fathahā, wa nasrahā, wa nūrahā, wa barakatahā, wa hudāhā, wa a'ūzu bika min syarri mā fīhā wa syarri mā ba'dahā.

Sumber zikir 89: Abu Daud 4/322, Kata Syu’aib dan Abdul Qadir Al-Arnaut: Sanadnya Hasan. Lihat: Tahqiq Zadul Ma’aad 2/373.

Sumber zikir 90: Ahmad 3/406,407, Ibnu As-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 34. Lihat: Sahih Al-Jami’ 4/209.

Sumber

  • Abu DaudRujukan: 4/323
  • At-TirmiziRujukan: 5/465
  • Ibnu Majah
  • Ahmad
  • Sahih Ibnu MajahRujukan: 2/332
  • AhmadRujukan: 4/337
  • An-Nasa'i, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 4
  • Ibnu As-SunniRujukan: No. 68
  • Abu DaudRujukan: 4/318
  • Al-Hakim (mentashihnya), Az-ZahabiRujukan: 1/545
  • Sahih At-Targhib wa At-TarhibRujukan: 1/273
  • Abu DaudRujukan: 4/322
  • Tahqiq Zadul Ma'aadRujukan: 2/373
  • AhmadRujukan: 3/406,407
  • Ibnu As-Sunni, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 34
  • Sahih Al-Jami'Rujukan: 4/209