doa

Zikir pagi dan petang 5/5

Kumpulan zikir pagi dan petang (5/5): bacaan 91 hingga 98 dalam bahasa Arab, rumi dan maksud.

Saiz teks

Bacaan

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ.

Rumi

Subhāna Allāhi wa bihamdihi.

Maksud

“Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya”. (dibaca 100 Kali)

Bacaan 2

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Rumi 2

Lā ilāha illā Allāhu wahdahu lā syarīka lahu, lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa 'alā kulli syai'in qadīrun.

Maksud

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu”. (10 kali) Atau (sekali sahaja ketika penat)

Bacaan 3

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Rumi 3

Lā ilāha illā Allāhu, wahdahu lā syarīka lahu, lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa 'alā kulli syai'in qadīrun.

Maksud

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu”. (dibaca 100 kali pada waktu pagi)

Bacaan 4

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.

Rumi 4

Subhāna Allāhi wa bihamdihi: 'adada khalqihi, wa ridā nafsihi, wa zinata 'arsyihi wa midāda kalimātihi.

Maksud

“Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya sebanyak makhluk ciptaan-Nya, keredhaan diri-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta Kalimah-Nya”. (tiga kali pada waktu pagi)

Bacaan 5

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.

Rumi 5

Allāhumma innī as'aluka 'ilman nāfi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan.

Maksud

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”. (dibaca waktu pagi)

Bacaan 6

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.

Rumi 6

Astaghfiru Allāha wa atūbu ilaihi.

Maksud

“Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya”. (dibaca 100 kali sehari)

Bacaan 7

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

Rumi 7

A'ūzu bikalimāti Allāhi at-tāmmāti min syarri mā khalaqa.

Maksud

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk-makhluk yang jahat”. (dibaca tiga kali pada waktu petang)

Bacaan 8

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ.

Rumi 8

Allāhumma salli wa sallim 'alā nabiyyinā Muhammadin.

Maksud

“Ya Allah, kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad”. (10 kali)

Catatan

Bacaan 91–98 ialah siri terakhir zikir pagi dan petang. Arahan “waktu pagi” dan “waktu petang” ialah arahan masa bacaan, bukan lafaz pagi/petang yang berbeza.

Sumber zikir 91: “Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang tidak ada seorang pun pada hari kiamat lebih baik daripada amalannya kecuali mereka yang beramal sepertinya atau lebih daripadanya”. Muslim 4/2071.

Sumber zikir 92 (10 kali): An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 24. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/272, Tuhfatul Akhyar 44. Lihat kelebihannya pada bacaan No. (255).

Sumber zikir 92 (sekali sahaja ketika penat): Abu Daud 4/319, Ibnu Majah, Ahmad 4/60. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/270, Sahih Abu Daud 3/957, Sahih Ibnu Majah 2/331, Zadul Ma’aad 2/377.

Sumber zikir 93: “Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali dalam sehari, Allah Ta’ala mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 pahala dan dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang. Dan tidak ada seorang pun yang lebih baik amalan daripadanya kecuali mereka yang beramal lebih daripadanya”. Al-Bukhari 4/95, Muslim 4/2071.

Sumber zikir 94: Muslim 4/2090.

Sumber zikir 95: Ibnu As-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 54, Ibnu Majah No. 925. Kata Al-Arna’ut di dalam Tahqiq Zadul Ma’aad 2/375: Sanadnya Hasan.

Sumber zikir 96: Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/101, Muslim 4/2075.

Sumber zikir 97: “Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan terkena apa-apa sengatan dan gigitan berbisa pada waktu malamnya”. Ahmad 2/290, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 590, Ibnu As-Sunni No. 68. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/187, Sahih Ibnu Majah 2/266, Tuhfatul Akhyar 45.

Sumber zikir 98: “Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi 10 kali dan waktu petang 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat”. At-Tabarani melalui dua sanad, salah satunya baik. Lihat: Majma’ Az-Zawaid 10/120, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/273.

Sumber

  • MuslimRujukan: 4/2071
  • An-Nasa'i, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 24
  • Sahih At-Targhib wa At-TarhibRujukan: 1/272
  • Abu DaudRujukan: 4/319
  • Ibnu Majah
  • AhmadRujukan: 4/60
  • Sahih At-Targhib wa At-TarhibRujukan: 1/270
  • Sahih Abu DaudRujukan: 3/957
  • Sahih Ibnu MajahRujukan: 2/331
  • Zadul Ma'aadRujukan: 2/377
  • Al-BukhariRujukan: 4/95
  • MuslimRujukan: 4/2090
  • Ibnu As-Sunni, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 54
  • Ibnu MajahRujukan: No. 925
  • Tahqiq Zadul Ma'aadRujukan: 2/375
  • Al-Bukhari
  • Fathul BariRujukan: 11/101
  • MuslimRujukan: 4/2075
  • AhmadRujukan: 2/290
  • An-Nasa'i, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 590
  • Ibnu As-SunniRujukan: No. 68
  • Sahih At-TirmiziRujukan: 3/187
  • Sahih Ibnu MajahRujukan: 2/266
  • At-Tabarani
  • Majma' Az-ZawaidRujukan: 10/120
  • Sahih At-Targhib wa At-TarhibRujukan: 1/273